BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 22, 2010

..aktiviti kelas..

1st time ever join classmate buat event..
rabu malam g tengok adnan sempit..
BEST!!!! gelak je dari awal cite sampai la ending..gile ar..



mira, finie



manis, nad, nazri, ah chong



ranking tebanyak dalam kamera dya



right wings



me n dya


not so whole table


de gurls (xcukup corrum)




Wednesday, January 13, 2010

..selepas jakun, batak..

entri ditahun baru.. tahun baru pengalaman baru. kawan baru. eh, baru ke?

terime kasih kawan.

terime kasih kerana berkawan.
terima kasih kerana membantu.
terima kasih kerana bersusah payah mengangkat kereta kancil bunda ku.

TAAADAAA~


macam-macam ragam budak-budak kelas ni. hari ni tayar kete kancil kepunyaan bunda tercinta flat. maka,(maka??) kena la mintak tolong pahlawan AP2262B. (dah tu nak mintak tolong sape lak kan??) 1st skali mintak tolong nua, dia cakap dia tak kuat la, dia suh cakap ngan sopi. ye sopi!!bukan soffe ye. dia jao dimata dekat dihenpon.

so,sopi cakap lepas kelas la dia tolong. tup-tup lepas kelas Prof. Madya Zaitun Yaacob, kelibat sopi pon tak nampak. aku dah serabut dah time tu. camne ni. dah la kelas cancel. (pikir..pikir..pikir..) nampak la zakwan ngan faris. depa bawak kete. mesti tau tukar tayar kan? so mintak tolong depa je la.

rupa nya si sopi dah gi kelas PM Seti. apakah~ kelas cancel kot. semangat nak rebut tempat la tu. hehe~pastu ramai-ramai la datang tolong tengok-tengok kan tayar kete. nasib baik ecah ada jek kete ngan skru driver.

sebab budak-budak ni banyak ragam, tak guna pun jek kete tu. dorang KASI ANGKAT JE KETE KANCIL KEPUNYAAN BUNDA TERCHENTA. hehe~ guys, your were so sweet today.




there you go... sesi angkat kete.




thanks sangat-sangat to sophy,apis,joe,faris,syah,nua,zack,am,ecah..soe sangat-sangat kat the girls yang kena tunggu ecah. hehe~

Sunday, January 10, 2010

:: saya jakun ::

miahahahaha~perasan tak ada tab menu kat atas ni? saya sedang jakun!!!
baru pandai buat.

kepada asyllaboutiqueonline saya letak 1 tab untuk awak eh.
mintak izin ni.

Friday, January 1, 2010

..bye bye 2009..

ni antara aktiviti-aktiviti yang berpekdah dan yang tak berpekdah yang telah dilakukan sepanjang tahun 2009. ade lagi aktiviti yang tak di'upload'kan di sebabkan kemalasan mengorek khazanah dalam lappy. kepada yang merasakan antiviti bersama anda patut di'upload'kan disini tiada, saya memohon maaf. diharapkan anda berusaha lagi membuat event yang best supaya kenangan kita bersama dapat diabadikan.


::JANUARY::


beli rice cooker dan semangat masak2 kat bilik. hehe~ ni antara menu yang kitorang masak di bulan january..

::FEBRUARY::

sukan piala dekan anjuran Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. best. kumpul sijil. jadi urusetia. kenal-kenal senior. pastu bangga warga civil pakai jaket C.E.O *Civil Engineering Officialclub*

::MARCH::

satey kajang di sabah. hahaha~


ni aktiviti motivasi kat sekolah tamparuli. best! succed. saya dan rakan sebilik adalah gile pangkat. maka kami melantik diri sendiri menjadi MT. hahaha~

::APRIL::


bengkel mechy. apaka~ saya budak civil kot. huhu~sangat pengalaman la weh. 1st 3week kiteorang conduct lathe machine..next 3weeks buat ape tah nama dia. tapi kene gergaji besi la ape tah. cam tanggam cikit tapi besi. pastu 3minggu terakhir welding!! matay.. and paling best result kua, bengkel saya A- yey!!!

::MEI::
erk..patut gambar ni kat bawah. hehe~besday dekty!! sampai-sampai KL trus berjalan ke rumah dekty and makan kek besday yang am kasi. yey!

lastday kat sabah. 10 may 2009. bye-bye sabah. insyallah ade rezeki sampai lagi aku kat sane.

::JUNE::


ayah takde maka, boleh makan durian sesuka hati dirumah. makan nasi + durian. nyum3..

ni time ayah kene dok dalam sepital. so, hari-hari lah kiteorang lepak sepital sambil berebut-rebut nak test makanan hospital yang macam sedap.

::JULAI::

student baru uitm. baru dapat sticker yang mana lagi lawa dari ida punye. haha~apaka~

::AUGUST::
achi fest. PROLOGI. aku dan aktiviti ni, sangat takde kene mengene. bergambar je.

wat esemen sampai kat library utama. pastu jakun-jakun tengok ade banner FSPU besar kat sini. maka, kami warga FSPU menjadi lagi jakun serta bergambar mesra dengan nye.


nah, ko buat la lab soil nye eksperimen ye.saya tukang amik gambar.

::SEPTEMBER::

faezah kawen.wah ko, ikan besar ye. engineer pulak laki ko. cari kan aku sorang. haha~

bulan pose pon banyak aktiviti. ni nama dia buka pose bersama jiran atas.heh! lepas pose kite ape??kite raya!! tapi gambar main bunga api bersama ahli rumah sewa kemalasan mau di'upload'kan.

ni gambar gi area jenjarum, selangor. tengah buat site visit untuk assignment building construction. alat yang saya jakun tengok tu nama dia wash boring. memang boring. hehe~

::OKTOBER::


oktober, musim pekse. tapi paling sedeh tokwan meninggalkan kami anak cucu buat selama-lamanya. tarikh yang akan sentiasa di ingati 11.10.09. semoga roh tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.amin.kawan-kawan yang baca,sedekahkanlah al-fatihah untuk tokwan saya yang terchenta.

student uitm pulak tengah bersuka ria berkonvo. ye.gumbira nya saya konvo pada part1 1st year.apaka~ ni aksi-aksi meminjam jubah rakan-rakan yang berkonvo. eh jap, sejak bile lak aku kawan ngan adik ana?hehehe~

::NOVEMBER::

erk...disebabkan cuti telah bermula,maka aktiviti menjadi kurang. banyak dok lepak umah or lepak NZ ngan ida sambil bergusip. so,gambar yang ada hanyalah gambar si anak yang kasih pada ibunya. maka dibuatkannya kek ceklat untuk ibu. yey! heppy bday ibu :D

::DECEMBER::


spend precious time wit my besbuddy~karok 2 jam setengah kot. hamek! saket tekak sume orang. best sangat-sangat sebab jarang jumpe sekali ramai camni.

~THE END~

ni aktiviti saya, anda bagai mana??hehehe~selamat jalan 2009. welcome 2010.

Friday, December 25, 2009

..tunang_tunangan..

fuh! semua pakat-pakat ye bulan ni. taun depan hangpa pakat-pakat lagi. bukan ape, biar jangan bertindih tarikh. kalau dekat-dekat ok la. kalau sorang kat utara,sorang kat selatan, tak kan aku nak belah badan aku kan? hehe~


antara banyak-banyak event, satu je yang aku dapat gi. sedeh gile. banyak sangat aral. soe geng. time aku nanti sila hadirkan diri ye. bile eh time aku tu? hahaha~PALING AWAL 2012. PALING LAMBAT, harap-harap sebelum umurku 30tahun.heh~


ini adalah petunang yang sempat saye hadiri. ABIDAH MUHAMAD. rakan memonteng kelas di sekolah dahulu. rakan memanjat tembok. rakan fly without wings. rakan seperjuangan.



ini pula, tunangannya. ROSDI. rakan sekolah. hahaha~ jap-jap piker ape eh kenangan ngan rodeng ni. takde kot. saya tak rapat ngan beliau. mungkin pernah sembang-sembang kedai kopi je kot.

next!!!



haa..dua gambar ini adalah si penyebok.hahaha~ini adalah tuan punye blog. mengambil berkat. mudah-mudahan dia berkahwin cepat. amiiiin!!!!!

ini pula??sudah tentu la kawan-kawan si petunang. geng-geng ponteng sekolah menyorok dalam loker. tak pun buat-buat saket dan tidur di bilik saket. geng-geng g perhimpunan bawak mug penuh ngan air teh panas, sorok dalam tudung cendawan. huhu~ hey kawan-kawan, ingat lagi tak tapau nasi lemak satu tupperware besau pastu makan dalam kelas and ustaz erfino anto bekas tu g kelas 2AB??miahahaha~

next!!!!

petunang ke dua. erk. sebenarnye yang ni tunang dulu. tapi dsebabkan saye tak dapat menghadirkan diri, maka anda ditempat kedua. jangan maraaa~


haaa~ini lah petunang kedua.WAHIDATUL ABDAH.*name arwah ayahnye panjang.takot salah eja. dulu ada senior cakap muke kami serupa. yeke?hahaha~

petunang dan tunangannye. smaklian, sila vote.. adakah muka tunangan ini seperti skulmate kite?FARIS. kan??? sila cakap ye.hahaha~

okeh~ini adalah rakan-rakan sokongan si petunang. mereka amik berkat. sila rujuk gambar diatas. wajah serupa kan? dan sila lihat, rakan-rakan si petunang lebih teruja. :D

gambar terakhir untuk entri ini. petunang dan tunangan nye bersama rakan-rakan sokongan.


okeh~penat sudah tuan punye blog meng'upload' gambar. dan penat juga beliau men'drag' gambar-gambar. tuan punye blog mahu melabuhkan tirai kata-kata. dan mahu diulit mimpi nan indah.hehe~

akhir kalam, semoga petunang-petunang berbahagia sentiasa. kekal hingga ke anak cucu cicit. kepada rakan-rakan sokongan, giliran anda sebentar sahaja lagi. get ready!!! hehe~


... hari ini saya gumbira. tapi nanti la cite. next entri ......


Thursday, December 24, 2009

..hari ini hari apa.. part 2..

Fenat-fenat-fenat..entri ini sama seperti entri dibawah, dimana saya; budak baru belajar memasak menggoreng bihun untuk keluarga.ye.saya tau awak-awak kat luar sana akan cakap "hek eleh..goreng bihun je..tu pown nak kecoh" dan saya akan cakap "ada aku kesah??" ops..terkasar pula.maaf.

kan dah beritahu tadi.saya budak baru belajar masak.opkos la saya excited.bukan tak pernah goreng bihun.pernah.untuk diri sendiri.miahaha~

::nyum3::


::sedang menggaul::
sempat je kan lagi saya bergambar..hahaha~sangat kagum dengan kebolehan diri sendiri..*sgt xde motif*

::berpeluh-peluh::

::lihatlah si gemuk itu::

:: si kurus membasuh pinggan::

huhu~tengok lah betapa bersepahnye dapur dikerjakan oleh 2 orang anak dara ^si gemuk dan si kurus^ a.k.a si takberapa putih dan si takberapa hitam^