Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Monday, June 22, 2015

Keputusan hidup

Hi uols. Sehat? Alhamdulillah.

Well, dalam menjalani kehidupan ini, banyak dugaan dan rintangan yang kita akan hadapi. Baik secara sendirian mahupun berteman. Dalam kita mencoba untuk mengatasi ranjau, pasti ada banyak pilihan jalan mana yang paling baik untuk dipilih.

Jadi,

Soalanku disini,

Bagaimana kamu membuat pilihan dalam kehidupan kamu.

Kita jarang terfikir bahawa kadangkala keputusan yang di ambil adalah keputusan dari orang lain dan bukannya atas kehendak sendiri. Sepanjang hayat pasti ada kesilapan dalam memutuskan pilihan. Haruskah kehidupan kita dipengaruhi oleh pendapat dan kehendak orang lain?

Jauh disudut hati ini, aku merasa satu kekesalan. Kesal kerana membiarkan orang menentukan hala tuju hidupku. Kesal kerana membiarkan orang permainkan masa depan ku.

Adakah kerana aku menyayangi mu kau berhak sewenang-wenangnya memperlakukan sebegitu?

Nilaikanlah dahulu situasi sebelum membuat langkah yang melibatkan hidup seseorang.