Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Monday, June 20, 2011

ayah ku ayah ku

wah wah wah.. semua orang nak bercerita pasal hari bapa ye. saya pun nak join sekali lah. dulu masa kami sekeluarga belum tinggal kat setapak, kami tinggal kat keramat. rumah kami rumah setinggan. betul-betul belakang bengkel ayah. kami 3 beradik tak main kat playground. kami main kat bengkel. setakat spanar, pliers, tukul, simen kete, ape mende alah tu..jack tu dah macam mainan kitaorang 3 beradik. dulu kat keramat, selalu sangat banjir. time tu smart tunnel tak ada lagi. ayah la orang paling sibuk angkat-angkat barang naik loteng. anak-anak dia? kemain suke banjir. hehe. masa tu mana nak tahu kan bahaya ke tak.sampai one day time banjir, saya ada kat bengkel. ayah kat rumah punggah barang. saya nampak ULAR!! 



dulu saya sorang je la bunga hati ayah. best oOOo. ayah selalu bawak gi jalan-jalan. kadang-kadang, kena ajak adik-adik tidur baru leh jalan-jalan dengan ayah. gi fun fair pun dengan ayah. semua la nak dengan ayah. masa tadika, ayah yang hantar. malam pulak ada kelas fardu ain. tapi gi sana sekejap je. ustazah selalu cubit sebab aliff ba ta tak lepas-lepas. saya hafal je aliff ba ta ikut turutan. tapi xkenal huruf pun.hehehe~ di sebabkan tak ada progress, saya dah tak gi kelas fardu ain dah. ayah yang ajar saya ngaji sampai khatam. sayang ayah! sebab ayah gak la saya pandai membaca. dari umur 3tahun lagi ayah dah ajar baca 2suku kata. masa darjah satu, ada satu hari tu teacher buat spelling. saya dapat 9/10. satu je salah eja. saya salah eja oren in english.. lepas tu ayah ajar lagi. "long, eja oren cam ni. mula-mula along eja orang. O- oO R-A-N-G rang pastu along tambah E kat belakang..jadi lah ORANGE*sila eja dalam bahasa malaysia." sampai sekarang saya eja camtu.

mula-mula masuk sekolah rendah, ayah ajar naik bas sekolah. ayah cakap, "long, ingat tau ni bas along. ingat no plat bas ni ti balik naik bas yang ni. jangan salah" ok. saya ingat tau bas tu. but the funny thing happen bile balik sekolah. ayah sekodeng saya sebab nak tengok saya betul betul ke naik bas sekolah tu. ayah lega tengok saya jumpe bas sekolah yang betul BUT... saya tak naik pun. saya balik jalan kaki. HAHAHAAHA!!! kat tengah jalan, ayah jemput naik moto. =.=''m

banyak sebenarnya cerita pasal ayah. time kat SMAKL, ayah tiap-tiap minggu datang sabtu ahad sebab nak amik baju sekolah and hantar baju sekolah yang telah siap bergosok kat anak kesayangan dia ni. eventho anak dia ni cakap boleh basuh baju sendiri, ayah still cakap dia mampu lagi nak hantar baju-baju tu. haish~ ayah..ayah.. along kan dah besar.

ayah tau tak, along ni kesian tengok ayah bersusah-susah tak nak anak-anak ayah susah. along selalu lawan cakap ayah. tapi along tak bermaksud pun nak kerek ngan ayah. betul cakap ayah dengan ibu. dulu kecik-kecik along selalu dengar kata, dah besar degil. sebab tu rambut along makin kasar. hahaha~ dulu kecik-kecik along selalu buat ayah datang sekolah time anugerah kecemerlangan. lepas sekolah rendah, tak de lagi ayah datang sekolah time anugerah kecemerlangan. dulu ayah pemes kejap time result UPSR keluar. macam ayah yang amik UPSR since anak ayah ni orang 1st and satu satunya dapat straight A's masa tu. lepas lepas tu tak de dah. PMR along dapat 5A, ayah marah. SPM along dapat 2A ayah diam. tapi along tahu ayah frust. untung masuk poli result along every sem bagus. tapi masuk UITM hampeh je result nye. ayah selalu cakap "kalau aku la yang jawab pekse tu, pejam mata je tentu tentu dapat A" hehe. 

ayah tahu tak, along nak kawen dengan orang macam ayah. dan along rasa along dah jumpa. dia banyak sama macam ayah. dia garang macam ayah. dia peramah macam ayah. dia rajin kerja pun macam ayah. dia sayang keluarga dia pun macam ayah. dia protective pun sama macam ayah. dia pengkritik tetap fesyen along sama laaaaa macam ayah. :)



walau macam mana pun ayah, along tetap sayang ayah.dan along tahu ayah pun sayang along.
terima kasih ayah. tanpa ayah, along tak jadi pandai camni. sebab ayah, along pandai ngaji, sebab ayah, along pandai membaca, sebab ayah gak along pandai kira-kira. :D

No comments: