Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Tuesday, June 14, 2011

gempa bumi yang menggemparkan 14june2011

sari berita utama 
^.^

pagi ni gempa bumi di sumatera.
kawan-kawan yang kerja di bangunan tinggi semua terasa gegarannya.
yang mana-mana tinggal di sekitar selat selatan memang komfom la terasa.
dengar-dengar tadi ada dua kali gegaran.
jam 8 dan jam 11.
harap kawan-kawan yang berdekatan dengan selat melaka berkeadaan baik-baik belaka ye.

10-degree map showing recent earthquakes


ni beberapa maklumat tentang gempa pagi tadi
berskala 5.5 ritcher
sumber : daydeck86

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya. Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan pusat gempa ialah 330 kilometer ke barat daya Klang, Selangor.
sumber: mummycute

erk..wangsa maju?? tak rasa pun.. hehe
kol 8 pagi mungkin saya masih dalam keadaan tak sedarkan diri.
jam 11 pagi? hey! saya dah mengadap FB~


SHAH ALAM 14 Jun - Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada 8:08 pagi.

Pusat gempa bumi terletak di 1.8º Utara dan 98.8º Timur, 330km Barat daya Klang, Selangor.

Gegaran dirasai di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama di sekitar negeri Selangor, Selatan Perak dan Melaka.

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor mengalami gegaran sekitar jam 8.08 pagi ini dan semua kakitangan yang sudah memasuki premis berkenaan diarah keluar.

Gegaran terasa di Kompleks E2 Putrajaya,semua diarahkan mengosongkan bangunan sehingga bangunan disahkan selamat.

Difahamkan gegaran itu dirasakan kira-kira seminit lamanya.

Tiada ancaman Tsunami.


alhamdulillah tiada ancaman Tsunami. :)

No comments: