Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Monday, September 26, 2011

bersangka baik je laa~

hai. salam semua.
actually tak ada cerita pun nak di kongsi same same
saya cuma pelik bin hairan cikit la dengan semua blogger blogger femes emes ni.
ada je cerita diaorang hari hari.
kadang kadang satu hari boleh post dua entri.
saya nak pikir satu entri pun payah.
kalau nak cerita mende ilmiah, saya tak reti.
nak cite pasal ape jadi hari hari pulak,
cam tak ada yang menarik.
ke kehidupan saya ni membosankan? huh?
kompius..kompius.


well last week hari jumaat saya ponteng kelas sebab nak attend interview. okay juga la company tu. banyak project. dengar kata HR company tu, projek burj dubai tu dorang ada involve. so, kalau dapat kerja sini cam best je. leh gebang gebang keje kat company pemes! ohoo~ belum apa apa lagi dah verangan saya ni kan. saya cecite gak kat kawan saya yang kerja dengan sime darby. oh, dia pun tahu kewujudan company tu. so saya sangat sangat berharap dapat kerja situ walaupun ada yang doakan saya tak dapat! haish!! busuk hati betul laaa kan!

tadi time perhimpunan saya kena panggil. sebab tak datang hari jumaat. saya dengan jujurnye cakap la saya gi interview kerja. demn!! kena marah. hampesss.. kata pun ponteng. mana ada orang ponteng mintak surat kebenaran kan? wth betul. berbakul bakul saya dapat ceramah free dipagi hari. rasa nak nangis pun ada. orang lain tak datang, tak pulak kena soal siasat. grrr!! sabar je laaaa~

masuk kelas pulak terserempak dengan cikgu. actually dia bukan laa cikgu kelas saya. tapi tenaga pengajar kursus saya juga. dia tahu saya gi interview hari tu. then dia tanya la camne interview. lebih kurang camni laa dialog kiteorang:

cikgu: camne interview hari tu?
saya: ok. biasa biasa je cikgu.
cikgu: dapat tak?
saya: tak tahu lagi. lagi seminggu dorang contact balik.
cikgu: time interview tu dia tanya ape? soalan susah susah ke?
saya: dia tanya biasa biasa je cikgu. macam sembang sembang je. tak de tricky question pun.
cikgu: oOOo kompom tak dapat la tu kalau dia sembang sembang je. kalau dia tanye serius, ada harapan.
saya: #$%^&*


terus punah harapan 

dah la. bila ingat ingat balik cam kecik hati pun ada. tak pe la. dia cikgu. bekas engineer. he's know better #bersangka baik je la.

p/s: doakan yang terbaik untuk kite ye kawan kawan!!

No comments: