Salam 2015.
Apa perkhabaran kamu di sana? Harap baik-baik sahaja. Aku di sini sentiasa merinduimu. Rindu yang terlalu. Bukankah sudah kuberitahu?
Sayang,
Saat ini aku masih membutuh perhatian darimu. Aku tak tahu samada kau tahu atau berpura tidak mengerti.
Sayang,
Hukuman apakah ini? Bagaimana besar salahku padamu? Berbaloikah sunyi begini?
Sayang,
Terlalu banyak tanda tanya yang kau tinggalkan. Tetapi tiada serpihan jawapan yang kujumpa buatku ungkai semua kekusutan melanda.
Sayang,
Tahukah dikau aku terlalu menyayangimu? Oh, sudah ku ungkap sekian kalinya. Mungkin juga kau jemu mendengar. Bahkan, mungkin juga kau meluat dengan kata-kata yang kau anggap tiada maknanya.
Sayang,
Aku ingin bergerak kehadapan semula. Sokonglah aku walau dimana dikau berada. Jawapan pasti darimu akan ku tunggu hingga kau bersedia. Aku yakin aku tabah walau apa berita.
-Aku yang menyayangi dan mencintai bahkan terlalu merinduimu-
1 comment:
Tetiba rasa nak muntah.
Post a Comment