Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Friday, September 17, 2010

patriotik!

hai. selamat pagi. malam ni pening layan nisa study pendidikan agama islam. aku pun banyak lupe-lupe. hehe~cuba teka, nabi apa mukjizat dia menyembuhkan penyakit sopak dan buta? ha, sapa? sapa? seyes saya tak ingat! lepas buka buku baru ingat nabi Isa A.S!! sedih kan? huhu~ ingat tak, kitab zabur tu untuk nabi siapa? ingat? ha, siapa? hehe~

banyak sebenarnya yang dah lupa. sedih. bagus gak kan ada adik sekolah lagi. boleh refresh otak yang dah berhabuk ni. dok main soal jawab ngan nisa, rupanya banyak budak ni tersalah fakta. fakta kenapa kita ni tak suke dengan cicak. cak cak cak!!! cicakman!!

lepas penat main soal dan jawab, tengok tv. layan cite sauskacang. best gak leh release tensen. lepas tu tengok hati malaya 1957. terharu sangat-sangat tengok perjuangan orang dulu-dulu. tunku and the gang takde duit nak gi London, ramai-ramai kumpul barang kemas, kumpul duit untuk rombongan ke London. tak kira bangsa pun time tu. cina, india, melayu dan lain-lain bersatu padu mengharapkan kemerdekaan tanah melayu.



ada 1 part, dalam meeting dengan MCA, Tunku tanya wakil kaum cina, "adakah kamu mengakui tanah ini tanah melayu?"*camtu lah lebih kurang. mereka anguk! ye ini tanah melayu yang telah dikongsi bersama kaum yang lain. ada juga orang melayu dan kaum-kaum lain yang tak sokong UMNO time tu sebab Dato' Onn Jaafar keluar dari parti perikatan dan tubuhkan IMP. orang-orang ni sayangkan Dato' Onn. tapi mereka pun dahagakan kemerdekaan. banyak sangat konflik time nak merdeka dulu.

jadi kita yang lahir selepas kemerdekaan ni patut la sangat-sangat menjaga kemerdekaan ni bagi mengenang jasa dan budi kepada yang telah berjuang untuk memerdekakan tanah ini. tak salah bertolak ansur kan? apalah beza kaum? kita kan satu bangsa!

time dok sedap tengok hati malaya, saje la tanya nisa lagi, napa dorang ni dok sebok gaduh pasal Dato' Onn ngan Tunku? isk. isk. jawapan dia buat saya betul betul terkejut. tah buku sejarah mana la budak ni baca. T.T cam nak nangis pun ada. budak ni memang suke salah fakta. nasib baik la tanya. leh la betul kan cikit fakta dia. huhu~

apapun, selamat hari malaysia semua!!

No comments: