Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Saturday, September 11, 2010

ALLAH TUHANKU SELAMANYA!!!!!

salam aidilfitri kawan-kawan. dah dua hari beraya. setakat ni tak gi beraya mana-mana lagi. ibu dan adik-adik lelaki sengal balik perak. saya? beraya di KL. pantau si kecil untuk persediaan PMR bulan depan.

ANNOUNCEMENT TO:

NISSA, ANIS & DIN AKMAL.

if korang dapat 1A, along kasi RM1. ok?? *budak budak mane ley pegang duit besar besar*

pemurahkan saya? HAHAHAHAHHA!!!

semalam berjenguk-jenguk fb kawan-kawan. ada sorang kawan post 1 video pasal pendakwah kristian yang berasal dari kaum Melayu Semenanjung memberi fakta yang salah. sedih betul saya tengok video tu. pendakwah terbabit memang dari golongan bijak pandai. dari kecil, family bagi pendidikan agama yang sangat baik. belajar tasauf, Quran Sunnah,
bahasa arab, siap fasih lagi. tapi... tah la. lepas tengok part yang kawan saya post kat fb, saya terus search kat youtube untuk tengok ceramah nya sampai habis. memang sepanjang ceramah, banyak dia kutuk islam, kutuk nabi Muhammad S.A.W, cakap islam adalah ajaran sesat. masyallah. sampai dia permainkan ibu bapanya sendiri.

apa masalahnye kawin ramai dengan zina??? perkahwinan mengelakkan zina kan. kenapa pertikaikan nabi kawin ramai tu bertentangan dengan isi al-Quran? bukannye nabi kawin ramai serentak. huh!tak faham betul apa yang salahnya. tu je la yang dipertikaikan dari mula sampai habis cerita. huh! bukan ke dalam Injil Isa al-masih ada cakap nabi Muhammad the last prophet? kenapa ragu lagi? memang orang Islam percaya nabi Isa A.S akan muncul balik UNTUK membantu mereka-mereka yang jauh menyimpang.

lepas je tengok video tu, saya rasa membara-bara je. rasa cam nak je bidas balik. tapi, saya pun tak hebat lagi pasal agama. bagi saya, siapa yang layak bidas mesti lah yang faham isi Al-Quran dan tahu isi Injil. betul tak? saya rasa perlunya saya sebagai umat nabi Muhammad S.A.W, hamba Allah S.W.T saya perlu memahami agama sendiri so, bila orang luar tanya apa-apa, saya boleh jawab dan tak memalukan agama islam.

petikan ni saya ambil dari sini dan saya dah periksa kesasihan dalam al-Quran.

Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
(Al Maa-idah:72-73)






Allah tuhanku,
Nabi Muhammad ikutanku,
Islam agamaku.

saya nak ulas panjang-panjang, saya tak reti, saya tak arif. so, sape nak tau bidasan dari salah seorang ilmuan*orang bijak pandai islam yang dahulunya beragama kristian yang amik jurusan perbezaan agama leh klik disini.

segala yang baik datang dari Allah, yang buruk tu dari kedaifan ilmu saya sendiri.

Wallahualam.

No comments: