salam.salam.salam. hari ke tujuh. dream wedding. dulu penah nak buat wedding besar-besar. siap berangan nak buat kat dewan felda jalan gurney lagi tu. tapi tu dulu. tapi bile fikir-fikir balik, wedding besar-besar ni pun belum tentu bahagia, belum tentu sampai bila-bila. realiti, perkahwinan adalah satu stage kehidupan yang menggerunkan. even i'm not good in relationship with any creature, but i need to try. kan?
baru-baru ni terfikir nak kawen dalam majlis yang sangat-sangat sederhana. kenduri hari jumaat malam sabtu. boley? hehe. dinner wedding. sape yang keje hari jumaat jemput la datang dengan baju kerja ye sebab majlis lepas maghrib. ahaks.
![]() |
sekitar kenduri ina |
![]() |
ijok akad nikah |
schedule: *belum kawen dah buat schedule? dream
7.45-8.00malam : majlis akad nikah. =) (harap-harap ada orang rakam video)
8.00malam : keberangkatan pengantin ke majlis kenduri
8.10-10.00malam : makan beradab sambil tayangan video akad nikah dan melayan tetamu yang hadir.
menu dia tak nak yang pelik-pelik, macam makan malam biasa kat rumah makan ape? ok ni contoh menu:
- nasi putih
- keli salai/daging salai masak lemak
- pari asam pedas
- sayur
- ayam merah
- air oren
amacam? ok tak idea ni? simple je. owh pengantin pakai baju time akad, so, kepada bakal pengepit, anda jangan nak over shadow pengantin ok. hehehe. agak-agak majlis camni, khemah 2 je cukup tak? ahaks. sep bajet sikit.
p/s: eh, buat pagi sabtu pun ok gak kan? menu? nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan kuih muih. ngam!
No comments:
Post a Comment