Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Thursday, December 9, 2010

Day 23 – 15 facts about you.

salam. hai hai hai. selamat hari kamis. ok topik kita hari ini adalah pasal saya. tak ada yang menarik pun pasal saya. tapi saya cuba la berfikir. maaf la kalau ada teriak ke kan. hihihi.

1. Nama saya NorAimi Bachok. saya bukan orang kelantan. ayah saya juga bukan orang kelantan. hihi NorAimi bermaksud CahayaKeberkatanKu. ^.^

2. Keturunan saya Bugis+Banjar. tapi saya tak tahu langsung bahasa Bugis mahupun Banjar. owh. ayah tahu bahasa bugis dan sangat fasih. ibu? ibu pun tak tahu bahasa Banjar. apatah lagi anak dia. hahaha.

3. Sifat saya yang orang tak tahu ialah, saya seorang yang pemalu dan penakut. saya takut akan semua benda termasuk masa hadapan. dulu pernah kerja. hari-hari rasa nervous. tak tahu lah kenapa. kalau time presentation, seboleh-bolehnya saya akan cakap seperlahan yang mungkin sebab saya malu+takut. hihi.

4. Saya dulu student Sek.Men.Keb.Agama. ye saya student SMKA yang langsung takde ciri-ciri itu. saya malu nak ngaku saya student SMKA. tapi saya berbangga dengan sekolah saya. hahaha. boleh?

5. Saya ni penakut dari zaman kanak-kanak lagi. dulu saya sekolah SRK Jalan Gurney 1. boleh di katakan sekolah yang top gak. dulu SRK Jalan Gurney 1 ni sekolah omputih. dengar cerita mantan permaisuri agong Cik Puan Aishah dulu belajar kat sini. tapi kebenarannya wallahualam. ok bukan sekolah saya nak cerita. masa darjah 6 saya kena pindah sekolah. saya takut sebab saya dah nak UPSR. sekolah baru pulak memang baru. baru 2 tahun beroperasi. uish. risau saya dengan UPSR time tu. tapi alhamdulillah. saya dapat 5A. dan saya 1-1nya student yang dapat 5A. ehem2..


6. Hobi saya masa lapang ialah tido. sebab apa saya suka tido? sebab time belajar, kadang-kadang tak cukup tido, so kena la qada' kan tido di waktu lapang. hehe. selain tido saya suka buli adik-adik. ye. aktiviti yang sihat ok kawan-kawan.

7. Saya sekarang belajar di UiTM cawangan shah alam. saya student kursus pengurusan pembinaan. mula-mula masuk kos ni, saya tak tahu langsung apa menda la kursus ni. kawan-kawan yang senior semua galak kan ambil kursus ni. kawan-kawan engineer pula cakap dah terlalu ramai sangat yang ambil kos ni lagi-lagi cina. dan kaum cina ni tak pe la ambil kos ni, sebab dorang banyak link plus mak ayah dorang contractor. haish. sangat dalam dilema.

8. Saya ada ramai kawan baik. dorang semua dah kerja. jadi dorang sibuk sangat. hm. takpe lah. saya faham. ^.^ saya juga akan jadi macam dorang. owh.harap-harap tak.

9. Semalam birthday boifren saya. eh, ni count tak?

10. Saya suka air teh dan nescafe. ^.^ kalau singgah kat 7eleven, mesti cari nescafe. tak pun green tea.

11. Saya rasa saya nak kawen tahun hadapan. owh. umor dah 25 la!!

12. Saya suka baca novel. buku-buku kat rak pun dah penuh. tapi lately tak tambah koleksi pun. tak cukup duit. eheh.. ada siapa-siapa nak belikan novel best untuk saya?

13. Saya kuat berangan. kadang-kadang tak best berangan sekadar berangan, jadi saya akan lakonkan. owh. saya akan bercakap seorang diri lah time tu. pernah sekali time berak saya tertanya-tanya, eh, ni berangan ke betul-betul eh. pastu tampar-tampar pipi nak cari kepastian. boleh?

14. Saya sangat tak suka kemas bilik. ok, kalau saya balik rumah dengan beg galas penuh dengan baju, belum tentu saya keluarkan baju-baju tu even dah balik rumah 2minggu. malas kan?

15. last. selain cintakan Allah dan Rasul, mak dan ayah, saya sangat mencintai Mohammad Soffe. ^.^



2 comments:

Unknown said...

aku pun suke nescafe.. :)

cik Im said...

hahaha~sedap en nescafe..