Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Saturday, April 20, 2013

kami sentiasa sayang kamu.

Tanggal 20 April 2013, Opah tercinta kembali menemui penciptaNya yang maha Esa. Mengikuti jejak arwah tokwan yang telah meninggalkan kami terlebih dahulu.

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Aku redha. Redha dengan ketentuan Illahi. Opah pun memang tak berapa sihat. Baik dari segi mentalnya (pelupa) mahupun fizikal. Tapi menakjubkan, rohani Opah tak berubah pun. Opah masih tekun mengaji. Opah masih ingat menunaikan solat. Masya Allah. Kebesaran Allah kan?

Opah masa hayatnya seorang yang suka memuji. Sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada orang. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, opah nasihat kezen-kezen yang baru start sekolah supaya belajar rajin-rajin. Look up to another cousin yang pandai-pandai macam Mat daniel orelse ME? ^_^ Opah memang sweet. Kalau tak tahu masak, Opah tak pernah kutuk. Paling-paling pun Opah suruh belajar sikit-sikit.

Dulu lepas result PMR keluar, soalan pertama Opah n arwah tokwan is 'Bahasa Arab dapat berapa?' And when i told them that I only manage to get B, both of them are soooooo amased with me. Sampai Opah n tokwan doa aku ni belajar sampai al azhar. Nampak tak betapa Opah sangat supportive? Walaupun B tu ape la sangat, tapi bagi Opah itu pun satu kejayaan.

Abes belajar, Opah suruh amik guru. Mana-mana kezen yang amik pendidikan konfem Opah puji. Tu la degil cakap Opah lagi. Budget nk keje tough. Last-last tak sampai setahun, awak nak surrender. Poor aimi. Opah gak la orang yang rajin tanye bile laaa si Aimi ni nak kawen. Segak dah cukup segak dah.. Kekekekeke~ #okeytutipujer~

Dulu kecik kecik, Opah ajar ngaji. Bile Opah dah balik kampung, ayah sambung pulak ngajar mengaji. Tapi time tu sedeh je. Sebab dapat rasa Opah memang pandai ngajaq.

Apa-apa pun, aku nak habaq, aku sayang Opah. Kalau laa boleh suh opah bangun.. Memey aku lah orang pertama yang kejut Opah..

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

M!A AURORA said...

bestnya dapat opah mcmni.. tp, Allah sentiasa syg hambanya yg baik2.. pasti opah berada dikalangan hamba2Nya yg beriman, insyaAllah.. aaminn..