Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Tuesday, January 27, 2015

Krabi: day 2

Weehoo.. Dah hari kedua di Krabi. Aktiviti hari ni banyak tertumpu di Phi Phi Island. Island hoping sanpai 7 island kot. Kot la. Tak dan nak kira sebab nak elak mabuk laut. Eh?! Ada kena mengena ke? Hihi.

Breakfast dulu sebelum berjalan-jalan. Mana boleh kasi perut kosong meronta-ronta mahu di isi. Kan?

Few island singgah tengok mat saleh berjemuran secara berjemaah..  Haha.. Mat saleh kering kata si azmi..




Ni 1st pit stop.. Jangan tanya island yang mana. Tidak ku ingat. Hahaha.. Ohhh ohhh its bamboo island..

2nd hoping. Tu na nama pulau dia.. Hehehehe~ tempat pemandangan cantik.  Tapi kan, crowded sangat. Boat bizi macam kat port. Tempat boleh swimming pun limited.

3rd pit stop hmm ohh phi phi island lah. Berhenti untuk makan je.. Ada gambar tapi semua either dalam sjcam zana or hero3 pkot.. 




Ni gambar kat monkey bay. Sakan semua orang snorkel. Penat dah berjalam berjalan kita balik dulu!!! Oh package jalan jalan phi phi island ni kami dapat dalam 1100_1200tbh.

Sampai je kat Glur Hostel, masing masing terjun pool. Hantu air budak budak ni. Then puas dah main air semua bersihkan diri, solat bagai, rest kejap, then ramai sewa motor. Aku, pkot dan zana memang jalan kaki pusing Ao Nang town. Town sangat. Hehe. 

Ni makan pancake kat rotee yaminlah. Kemain jalan kali 2-3km semata pancake ni. Nasib baik jumpe. Ni gambar zana yang ngidam pancake makcik yaminlah yang peramah dan baik hati. Ni kami order crispy pancake sebab teruja meja sebelah makan. Ngee~ oh kat sini pkot kempunan pancake mango. Abes katenye. 





Lepas penat berjalan cari pancake makcik yaminlah, kami makan malam di blue marine restaurant. Makanan di krabi quit mahal gak la compare to Hatyai. Eh patut ke compare? Haha. Like I care kan? Kat kedai ni makanan dia sedap sangat! Memang we gave 5star. Our menu for dinner tomyam goong (prawn), omelette with crab meat, morning glory with soy sauce kot (siyes lupe.. Hahaha) dan squids with holy basil. Air semua jus. Total up 580TBH. Okay la harga macam malaysia la kan? Kan? Kedai ni deco cantik, tokey baik, workers dia tengok meja kami kotor sebab kena air pinggan mereka terus je lap. Bagus sangat!! 

Lepas makan masing masing bersandar sebab tak larat. Haha. Then Jom Bakar Kalori Balik Hostel. Ngee nama program terbaru..  

The End untuk hari kedua. Esok? Kayak time!!!




No comments: