Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Wednesday, July 28, 2010

terkenang-kenang


hai semua. salam sejahtera :D harap kamu semua sihat-sihat belaka ^__^v dah makan ke kamu-kamu semua? hari ni rajin lak nak feed blog. haish, masih takda sape pun yang reply entry semalam. hayoo~ sila bergerak aktif serta meng'google' jawapan wahai readers.

haha~

sebenarnya hari ni tiba-tiba je rasa rindu sangat-sangat nak jalan-jalan naik public transport.(banyak nya kata ganda ni). dulu zaman-zaman sekolah selalu sangat turun KL naik putra LRT.


*dari KLCC sampai wangsa maju baru train kosong, tapi kau dah sampai destinasi*


sekarang ni tersangat la jarang. sebab? sebab dah ada kereta sendiri. kawan-kawan pun dah ada kereta. memang takda la nak naik train bagai. KLCC pun dah lama tak jejak. hehe~

zaman poli dulu pun best sangat-sangat. nak gi makan sanggup jalan kaki dari poli ke giant stadium. tak pun kat kedai-kedai dekat-dekat situ. soffe paling best sekali. sanggup park moto kat destina and jalan kaki sama-sama. *sweet* rindu sangat keadaan tu. rindu sangat-sangat zaman tiada kenderaan. =__=" dulu nak gi sunway la paling jauh perjalanannya. dari poli naik teksi, pastu tuka naik komuter,


*ye.sila paksa diri anda bersesak-sesak*


pastu naik bas pulak. sampai leh ilang dulu la bau perfume before sampai sunway pyramid. tapi time tu gembira sangat. bahagia.


*KL monorail*

kalau nak gi timesquare kena naik monorail ye kamu-kamu. naik star LRT pun boleh. tapi kamu-kamu semua kena menapak la dari stesen pudu or sungei wang plaza. mau berpeluh ketiak la kan. cair make up kamu-kamu semua nanti. rindunye saya!!!

tapi, opss, saya tak mahu kejadian camni berlaku. sila dijauhi ye.
hayooo~

*apalah perasaan kau dok dalam tu?ye, baca yassin banyak-banyak*

ni lah transport paling dirindui sepanjang zaman. suzuki rxz panther merah kepunyaan kesayangan hati. mana la motor ni. rosak pa dok kampung??


u/p: MOHAMMAD SOFFE BIN ZAINAL ABIDIN BIN MAARUS,


saya rindu sangat naik motor kamu.


No comments: