Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Wednesday, August 25, 2010

buka puasa hari ini

hep..hep..
hai awak-awak..hari ni berbuka apa? best tak puasa hari ni? erk..puasa ke? hehehe~ harap korang-korang puasa la yo!

kata cousin saya,
dia lupa berpuisi sebab ada yang tak kena.
hati nya mengecil.
harap-harap hati kamu kembali normal ya wahai cik cousin.

saya terbalik pulak ngan cik cousin.
semakin hari,
hati saya semakin mengembang.
kembang la sampai bila-bila.

hari ni inchek buah hati dah sampai shah alam. hep-hep. happy sangat-sangat. buka puasa tadi masak nasi goreng ikan masin je ngan cik bat. dalam jam 7 petang, inchek buah hati call cakap dia dah sampai. so, saya tapaw je la nasi goreng. ajak inchek buah hati makan kat dataran. rasa best sangat tengok inchek buah hati makan masakan saya. jarang-jarang saya masak untuk inchek buah hati. nape? sebab kalau selalu, inchek buah hati tak kan rasa masakan saya sesuatu yang istimewa. betul tak? hehehe~



sahur hari isnin :D
siakap masak sambal kicap
air tangan bunda


lepas berbuka dan solat, kiteorang gi tengok movie. cite the lastairbender. best gak la. geram sangat tengok si aang tu!! comel~ hehehe~ tapi ni baru part 1. akan ada sequel the avatar. sebab dia tak belajar lagi earthbender. hehe~ go go aang.

ok la. sok ada kelas Dr. Roshana. so, kena tidur awal. takut terlambat bangun. selamat malam chenta. :D


duhai hati,
ingatlah dikau detik-detik bahagia,
lupakan segala dendam-mu,
leraikan segala keluhan-mu,
bergembiralah duhai hati.

duhai hati,
khabarkan pada dunia
keindahan yang dikecapi
kebahagiaan yang dirasai
kehangatan yang di
dakapi
atas segala kesabaran dan ketabahan
bersyukurlah duhai hati.

duhai hati,
andai suatu hari nanti,
engkau dilukai lagi,
ingatlah hari ini,
ingatlah saat ini,
engkau pernah bahagia,
maka, luka itu hanyalah secebis ingatan
agar engkau lebih menghargai
saat-saat seperti ini,
mengertilah duhai hati.

2 comments:

minbachok said...

oi ngumpat!!

cik Im said...

eh3..
mne ad ngumpat..isk
xbek tau tuduh2..
HAHAHHAA