Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Saturday, November 27, 2010

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.




Hai korang. Hari ni cabaran ke 12. My relationship life ye. Camno nak cite ye. Hehe. Ok, kita start dari history nak? Nak la. ^.^

Saya dan si dia kenal start dari semester 1 politeknik shah alam. Biasa la budak-budak baru jumpa so keinginan untuk berkenal-kenalan tu tinggi la kan. Satu hari saya dengan kawan-kawan kelas (some of them) terlibat dengan camping polibriged. So, 1st time jumpa si dia masa camping. Kitaorang satu group. Mula-mula tak bertegur sapa pun since dia dok melepak dengan buah hati budak-budak perempuan kelas dia. Tapi lepas-lepas tu dah bersembang la. Since dari tu kitaorang rapat la.

Life time bercinta. Masa mula-mula kan student lagi. Nak gi mana-mana semua naik transport awam. Kadang-kadang lepak kedai makan jalan kaki je walaupun dia ada motor. Jauhnye kemain. Tapi tu lah kenangan paling manis. 

Bila dah meningkat dewasa, si dia dah bekerjaya dan saya masih lagi belajar, banyak masalah timbul. Mana tak nya, lifestyle dah tak sama. Dia sangat busy, saya ada time je busy. Jadinya selalu gak la gadoh. Tapi makin lama makin dapat serasikan keadaan. Tapi still gadoh on benda-benda merapu. Sedangkan lidah lagi tergigit kan.
Dulu time awal remaja, kitaorang selalu lepak tengok wayang tak pun windowshopping or food hunting. Aktiviti food hunting paling best. Takde la kitaorang makan kat tempat-tempat mahal. Tapi asal tau ada je tempat best nak makan mesti gi cuba. Best! Oh, time tu saya dah ada kereta. Yipppii.

Dah dewasa,  and saya masih stuck kat shah alam, jadinya kitaorang dah tak buat dah aktiviti food hunting tu. Paling-paling pun gi lepak kedai makan, jumpa kawan-kawan, melawat kawan-kawan yang dah kawen bagai, wayang sekali sekala, dan main game kat pusat hiburan. Huhuhu~

Sekarang dia kena transfer ke Terengganu. Benci sangat sebab jauh. Tapi tak pe la kan. Dah tanggungjawab dia kat sana. Redha je la. Kami masih bersama. Dan masih bergaduh. Kalau ada masa, petang-petang lepas kerja dia call or mesej. Kalau tak, saya yang mesej goodbye goodnite.



Kitaorang penah merancang mendirikan rumah dan tangga. Tu semua rancangan. Allah yang menentukan. Harap-harap ini la jodoh saya. Sebab? Dia je yang larat nak layan angin asthma saya. Sekian terima kasih. Hahaha~

4 comments:

Anonymous said...

cepat2 kawen cik aimi....sy doakan smoga hub cik aimi dn encik sopi b'akhir hingga ke syurga...amin....

cik Im said...

tq. ^.^
tp part cepat tu cm xkot.
maybe 2taun lagi. doakan ye.

nor azziah said...

ye sy doakan awk cik im...moga bahagia...

cik Im said...

^.^ tq azie syg..