Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Saturday, November 27, 2010

jom anti penderaan kanak-kanak

isk. isk. isk. tsk! ada tak awak, kamu, anda baca surat khabar pasal kes penderaan kanak-kanak? selalu kan? kadang-kadang tak faham dengan orang dewasa ni. dah di beri akal fikiran tak nak berfikir. budak-budak lain la. nak bezakan plasticine dengan tahi sendiri pun tak tahu kan? alasan apa budak-budak kena dera? nakal? degil? oh, biasa la kanak-kanak membesar dengan sihat. tahan la sikit sabar tu.

korang tahu tak penderaan kanak-kanak ni camne? okay, info dari wiki yang penderaan ni termasuklah penderaan dari segi fizikal, seksual, mental dan emosi. ada beberapa sebab kanak-kanak ni di dera.

Parents ni memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarga. tapi kalau mak bapak pun dah tak betul, camne kan. apa sebab mak bapak tak betul? mungkin mak bapak ni pun kena dera time kecik-kecik dulu. so, dia ingat camtu la cara bagus nak didik anak-anak. ada gak parents yang tak tahu nak beza kan displin dengan penderaan. apa lagi? paling tak best, kalau parents tu terpaksa dapat baby tu. maksudnya cam pasangan ni tak nak anak lagi, tiba-tiba dapat or, lagi teruk, si isteri curang, pastu dapat anak luar nikah, yang si suami tahu, then tak suka kat budak tu. eh, salah ke budak tu? or anak dorang cacat. teruk. teruk. teruk. anak kan rezeki dari tuhan. ada gak parents yang ada masalah laki bini, anak yang kena. lagi sekali.. EH, SALAH KE ANAK KAU TU?

kadang-kadang bukan parents yang mendera. tapi pengasuh. eh, mak ayah budak tu kasi duit pe suruh kau jaga baby tu. ada kes yang pengasuh tu jeles sebab pengasuh tu tak ada anak walaupun dia serba serbi lebih daripada mak bapak budak tu. atas desakan hawa nafsu, kanak-kanak yang tak bersalah jadi mangsa. camne? patut ke? tak kan? ada gak pengasuh ni dia dibawah kawalan dadah merbahaya. sebab tu dia tak sedar pun dia dera orang. boleh? tak boleh terima betul.

boleh tak fikir apa akan jadi kepada mangsa-mangsa dera ni bila dewasa? yang sangat pasti dalam hati kanak-kanak ni ada sifat dendam. pada siapa? pada orang yang mendera. lagi teruk kepada semua golongan yang di anggap dewasa. ada yang memberontak. dan disini berlakunya kes-kes jenayah juvana.

ni adalah salah satu kes penderaan kanak-kanak. budak ni di rotan sampai mati oleh AYAH TIRI nya. patut ke? tak patut weh. budak tu baru 8 tahun. nakal mana lah budak-budak.
cdt to google




kesian kan? ni ada lagi satu. kalau tak silap ni kes arwah nurin jazlin(minta maaf kalau salah). budak di culik, didera sehingga tidak bernyawa. kes nurin memang sangat menyayat hati. kalau boleh, tak nak lagi ada kes-kes sama macam ni. kasihanilah kanak-kanak. APA SALAH MEREKA?

cdt to google



so, marilah kita sama-sama membenteras gejala tak bermoral ni. kalau tahu sesiapa yang mendera, tolong report tele dera. paling tak pun, beritahu lah pihak-pihak berkuasa. tolong selamatkan kanak-kanak ini dari mangsa deraan. mereka tunggak masa hadapan.

UNICEF ada buat kempen pasal kesedaran penderaan kanak-kanak. saya hanya menyumbangkan pendapat dan sokongan atas kempen kesedaran ini. jom kita berkempen dengan ikhlas. dan anda juga boleh menangi SONY Cybershot W190 dengan berkongsi pendapat anda berkenaan penderaan kanak-kanak dan apa kes yang paling korang tak boleh lupa, dan tak ingin berlaku lagi. ^.^ sila kelik sini untuk maklumat lanjut. (last day 10dec)

unicef

No comments: