Entry Kekal

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji akan masih mcuba untuk memujuk hatimu mencintai aku
Kerna semua yang ada hanyalah untukmu

:: saya ::

My photo
i just wanna be me; Aimi

Wednesday, January 12, 2011

kenapa bayar lebih?

salam semua. korang dah tidur ke? saya tak boleh nak tidur lagi ni. ye la banyak benda nak kena fikir. Dissertation saya tak start lagi repair. malas sangat-sangat. tak tahu la kenapa nye. penat dah cari semangat nak start buat. tapi.. isk! tolong bagi tips. =.=''

semester ni last saya lepak kat shah alam. so, saya tekad nak makan kat semua restaurant area pusat komersial ni. ahaks~ malam ni saya makan di G-HUT Bistro. restaurant belakang bintang. sedap! 4* saya bagi. macam-macam gak pilihan yang ada. dalam menu dia siap ad suggestion menu lagi. hehe. harga, boleh tahan la. tak la mahal sangat. tapi idak le murah sangat. boleh la.

malam ni saya try nasi goreng G-Hut. sedap! ahaks. ok la, membebel panjang-panjang korang bukan baca pun kan? so, saya letak gambar. sila lapar ok! pastu boleh makan kat G-Hut. *saya lupe nak amik gambar sekeliling. sorry!

 SET TWIST!
telur cincang, kailan, sambal ikan bilis, sup ekor, sotong goreng tepung, sirap blueboy.
set 2orang makan.
RM20 ^.^

 Nasi goreng G-Hut.
RM5.50 (kot..tak ingat)

setel. makan sampai bersandar ok.

ini bukan ilusi.
kenyataan nya, saya makan sampai licin.

saya akan buat entry makan-makan di tempat lain lepas ni. 
HOYEAH!!

6 comments:

Manis Madu said...

nyesal baca.. da la mmg tgh lapar.. argghhh!!!

cik Im said...

hihihi~
jangan lupe singgah makan kt g-hut.. :D

Anonymous said...

me got try this at G-Hut Bistro

cik Im said...

yup2..u got try this! :)
ayam dara sek.7 also sedap!

Farhana Hamdan said...

u,i dah try mkn kat G-Hut ni..mknn pun sedap n best sbb ada live band perform.. hehehe.. i;m also uitm shah alam.. nice meeting u :)

cik Im said...

hehehe~ sedap kn?
oOOo uitm gk ea? all the best jawab XM :) nice meeting u too dear :)